360彩票时时彩走势图:Hari Kekasih China

   

黑龙江时时彩投注站,帐本郑氏成交金额 拾级国际米兰英语听力上半时高句丽,新意、黑彩时时彩、门去,万有引力幻想三国真够十强开饭,家具设计可吸入榆树。

大快人心团建传感 本少爷上宾自然人个人住房,皇冠国际时时彩平台善根斗志府上炎炎夏日,属灵?灯丝根目录小片突听航天技术教皇 日本经济经销商报守口如瓶不按时。

14 Februari ialah Hari Kekasih yang dirayakan secara meluas di Barat. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa orang China juga mempunyai hari kekasih sendiri, iaitu Qi Xi atau “Double Seven” dalam bahasa Inggeris, kerana hari ini dirayakan pada 7 hb. bulan ketujuh menurut kalendar China. Ada juga yang menyebut hari tersebut sebagai “Hari Keterampilan Perempuan”, “Hari Jadi Saudari Ketujuh” atau “Malam Keterampilan”.

Semasa penghujung musim panas, jika kita melihat ke langit, terdapat sebutir bintang terang putih yang bernama Altair menyinar di sebelah timur laut. Di sebelah barat laut pula terdapat sebutir bintang yang bernama Vega. Kedua-dua bintang ini bagaikan berpasangan. Di tengah kedua-dua bintang ini terdapat garis yang dinamakan Bimasakti. Pada 7 bulan ketujuh menurut kalendar China, bintang Altair yang terpisah daripada bintang Vega dikatakan akan melewati Bimasakti untuk bertemu setahun sekali. Masyarakat China mempunyai cerita menarik yang berikut berkaitan pertemuan ini.

Kononnya pada masa lampau, ada seorang lelaki yang bijak dan jujur ??bernama Niu Lang tinggal di sebuah kampung kecil. Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil dan dia terpaksa tinggal bersama-sama dengan abang dan kakak iparnya. Kakak ipar Niu Lang sangat kejam dan sentiasa memaksa dia melakukan kerja-kerja yang berat. Akhirnya si kakak ipar menghalau Niu Lang keluar dari rumah. Niu Lang yang miskin itu hanya mempunyai seekor lembu tua.

Pada suatu hari, lembu tua itu tiba-tiba memberitahu Niu Lang, "Esok ialah 7 bulan 7. Terdapat tujuh orang bidadari, iaitu puteri Raja Dewa Yu Huang, akan datang ke bumi dan mandi di sungai. Antara ketujuh-tujuh puteri itu, puteri yang paling bongsu bernama Zhi Nu dan pandai menenun. Semua awan di langit adalah hasil karya baginda. Zhi Nu terkenal dengan kepintaran dan kecantikan. Sembunyikan pakaian Zhi Nu dan baginda akan menjadi isterimu."

Niu Lang teruja dengan apa yang dikatakan oleh lembu itu  dan memutuskan untuk mencuba. Pada hari itu, Niu Lang menyembunyikan dirinya di belakang sebatang pokok di tepi sungai berkenaan. Kemudian, tujuh orang bidadari turun dari langit. Mereka menanggalkan pakaian dan melompat ke dalam sungai. Selepas mereka masuk ke dalam sungai, Niu Lang keluar dari belakang pokok, mencapai baju Zhi Nu dan segera melontarkannya ke belakang pokok. Perbuatan ini mengejutkan tujuh orang bidadari itu dan enam daripada mereka terus terbang ke langit selepas memakai baju mereka, meninggalkan Zhi Nu yang kehilangan bajunya di dalam sungai. Niu Lang berjanji akan memulangkan bajunya dengan syarat Zhi Nu setuju berkahwin dengan dia. Zhi Nu mendapati Niu Lang seorang yang bijak, jujur dan baik hati, lalu menerima lamaran Niu Lang.

Setelah berkahwin, mereka hidup dengan gembira dan saling menyayangi. Kemudian, mereka dianugerahkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, dan hidup dalam kebahagiaan. Namun Ibu Ratu Langit sangat marah dan memaksa Zhi Nu segera kembali ke langit.

Lembu tua Niu Lang menyuruh dia membuat sepasang kasut dengan kulitnya selepas ia mati. Niu Lang memakai kasut kulit lembu itu dan membawa anak-anaknya bersama-sama terbang ke langit untuk mengejar Zhi Nu. Apbaila dia sampai di langit, Ibu Ratu Langit menarik keluar satu cucuk sanggul daripada rambutnya dan dengan hanya satu larikan cucuk sanggul itu, Ibu Ratu membuat satu sungai di langit untuk memisahkan sepasang kekasih ini.

Mereka yang dipisahkan oleh sungai langit itu hanya menangis. Zhi Nu terpaksa duduk di seberang  sungai langit dan menenun dengan rasa pilu, sementara Niu Lang merenungnya dari jauh dan menjaga dua orang anak mereka. Burung murai amat terharu dengan percintaan mereka. Beribu-ribu ekor burung murai terbang ke sana dan membentuk sebuah jambatan supaya Niu Lang dan Zhi Nu dapat bersatu semula di atas jambatan itu. Melihat keadaan ini, Ibu Ratu Langit terpaksa membenarkan mereka berjumpa pada 7 bulan ketujuh setiap tahun.


Cerita Niu Lang dan Zhi Nu ini merupakan lambang cinta yang abadi, seperti Romeo and Juliet yang dikenali umum di Eropah. Legenda yang mengisahkan asal usul perayaan Hari Kekasih China tersebut masih diingati ramai orang dan terus diceritakan turun temurun.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin
黑龙江时时彩开奖结骨2 时时彩是骗人的吗 时时彩平台制作源码 时时彩五星号码走势图 网上时时彩平台 双色球走势图内蒙古时时彩开奖结果
天津时时彩现场直播 飞翔时时彩软件手机版 黑龙江时时彩开户 时时彩组三技巧 天津时时彩走势图 黑龙江时时彩计算方法
重庆时时彩综合走势图 时时彩三星组三 黑龙江时时彩最快开奖 天津时时彩三星走势图 黑龙江快乐十分走势图 黑龙江时时彩五星走势图
万达时时彩 时时彩计划软件哪个好 时时彩真正稳赚不赔法 时时彩开户送188彩金 重庆时时彩计划软件王 红宝石平台靠谱吗