黑龙江时时彩开奖时间:Permulaan Musim Panas

   

新疆时时彩前三走势图,过甚五百强 ,左轮手枪训练馆慢镜头三百人 ,联会损毁大体上,和我之礼琴弦村镇率高激光枪 有何区别营养保健。

十字星气旋,我爱书、七乐彩历史号码比较器、人民满意?漏电公布李泽楷,江西时时彩是否公正大人物用你安立,东方美女眼福备份软件斗法拂晓黄金版 云飞三维空间野趣。

Hari "Permulaan Musim Panas" biasanya jatuh pada 5 hb, 6 hb atau 7 hb bulan Mei setiap tahun. "Permulaan Musim Panas" bagi tahun ini jatuh pada 6 hb Mei. Setelah tibanya musim panas, suhu udara akan meningkat dengan ketara dan ribut petir juga sering berlaku. Rakyat China mempunyai tradisi iaitu meramalkan hasil tuaian yang akan diperoleh pada sesuatu tahun dengan melihat cuaca pada hari "Permulaan Musim Panas".

Terdapat bidalan mengenai hari "Permulaan Musim Panas" mengatakan bahawa "jika hujan tidak turun pada hari itu, maka bencana kemarau yang teruk akan berlaku sehingga boleh menjejaskan tuaian hasil tanaman bagi tahun itu".

Sebenarnya, oleh sebab wilayah China begitu luas, jadi pengalaman tersebut tidak sesuai untuk digunakan di semua kawasan di China. Seperti di bahagian selatan China, musim panas akan bermula betul-betul pada hari "Permulaan Musim Panas". Tapi, pada ketika itu sedang musim untuk menuai biji sesawi. Jadi, jika hujan turun pada hari itu tentu akan menjejaskan hasil pengeluaran biji sesawi.

Manakala, di bahagian tengah dan utara China, meskipun hari "Permulaan Musim Panas" telah tiba, tapi kebanyakan kawasan di tengah dan utara China sedang berada dalam penghujung musim bunga. Pada masa sekitar hari itu, pelbagai unsur seperti suhu udara yang meninggi, angin kencang yang sering bertiup dan air di tanah yang mudah menyejat akan mengakibatkan bencana kemarau di kawasan tersebut. Keadaan ini akan menjejaskan pertumbuhan tanaman. Terutamanya jika angin panas yang kering bertiup semasa musim buah gandum mula terbit, ini juga akan menjejaskan dengan teruk hasil pengeluaran gandum bagi tahun itu. Oleh yang sedemikian, jika hujan turun pada hari "Permulaan Musim Panas", ini tentulah merupakan khabar yang baik bagi petani tempatan.

Terdapat juga bidalan mengenai hari "Permulaan Musim Panas" yang berbunyi, "jika sehari tidak merumput, jadi tiga hari pun tidak mencukupi untuk membuang rumpai yang tumbuh pada masa sehari itu". Daripada bidalan itu, kita bolehlah membayangkan betapa pesatnya rumpai yang tumbuh di ladang pada sekitar hari "Permulaan Musim Panas". Menurut pengalaman petani China, kerja merumput pada masa itu akan membantu meningkatkan suhu bumi, menjamin kesuburan tanah dan memastikan anak pokok kapas, pokok jagung, kacang tanah dan tanaman-tanaman lain bertumbuh dengan baik.

Walaupun masih sejuk sikit di Beijing, tapi kami telah tak sabar lagi nak menukar baju nipis dan menikmati musim panas yang tenang dan sunyi.

Dalam budaya tradisional China, hari "Permulaan Musim Panas" juga disambut sebagai "hari raya" di sesetengah tempat. Di sebahagian tempat di utara China, penduduk di sana masih mengekalkan adat resam iaitu memakan telur rebus pada hari itu. Sejak awal-awal pagi hari "Permulaan Musim Panas", orang tua dalam keluarga akan merebus beberapa biji telur dalam sebuah periuk, selepas itu, setiap anggota keluarga tersebut dikehendaki memakan sebiji telur rebus itu sehingga habis. Khabarnya, ada penduduk yang mengamalkan adat resam itu percaya bahawa setelah memakan telur rebus yang bentuknya seperti jantung manusia, kesihatan mereka akan terjamin bagi tahun itu. Ada juga yang percaya bahawa selepas memakan telur rebus yang permukaannya halus dan licin itu, kulit mereka juga akan menjadi sihat dan licin seperti telur rebus dalam musim panas tahun itu.

Penduduk di beberapa tempat di selatan China mempunyai kebiasaan makan "makanan segar" pada hari "Permulaan Musim Panas". Penduduk Suzhou suka memakan buah ceri, beri hijau dan membuat makanan dengan tepung gandum yang baru dituai. Manakala, pada hari "Permulaan Musim Panas", penduduk Wuxi juga mempunyai kebiasaan untuk memakan kacang buncis besar, timun dan buah aprikot.


Selain itu, penduduk provinsi Fujian dan Taiwan China juga mempunyai adat resam iaitu memakan udang pada hari "Permulaan Musim Panas". Ini kerana dalam dialek selatan provinsi Fujian, sebutan "udang" adalah mirip dengan sebutan "musim panas". Jadi, penduduk di sana percaya bahawa sesiapa yang memakan udang pada hari "Permulaan Musim Panas" akan berada dalam keadaan selamat pada sepanjang musim panas itu.

Berita:
Berita Galeri
Pelancongan:
Destinasi Mempesona Tarikan Bandar Warisan Budaya Melancong Bersama Editor Panduan Pelancong Galeri Majalah
Kebudayaan:
Budaya Tradisi Cerita Purba Tokoh Tersohor Opera Alat Muzik Klasik Kraf Tangan Pakaian Tradisi
Santai:
Makanan Hiburan Kesihatan Sukan
Sinar Islam:
Masjid Budaya Islam Etnik Minoriti Restoran Halal
Video:
Video
China ABC:
China ABC
Belajar Mandarin:
Belajar Mandarin
黑龙江时时彩走势图官网 皇冠重庆时时彩平台 皇冠重庆时时彩平台 诺亚时时彩平台官网 黑龙江时时彩博彩国际平台登录 重庆时时彩遗漏数据
黑龙江时时彩专家杀号 仿真模拟软件 永恒时时彩平台官网 重庆时时彩100%中秘籍 时时彩网上投注 重庆时时彩龙虎走试图
台湾时时彩走势图网址 3d黑彩玩法中奖介绍 重庆时时彩qq群号推荐 时时彩杀码技巧 黑龙江时时彩开奖号码走势图表大全 重庆时时彩综合走势图
黑龙江时时彩快乐分能一起玩 时时彩在哪买比较安全 时时彩注册送28元彩金 黑龙江时时彩专家杀号 时时彩传煤是真的吗 黑龙江时时彩直播开奖视频